Dua pemungut telur penyu ke tali gantung

Kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Isnin.
Kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Isnin.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua pemungut telur penyu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki dalam kejadian pada 3 Jun 2016.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Faizol Aznan Muhamad, 40, dan Mohd Riduan Ismail, 32, selepas mendapati pihak pembelaan kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya bersama-sama seorang lagi yang masih bebas dituduh membunuh Razak Abdullah, 50, yang juga pemungut telur penyu di tepi Pantai Geliga, berhadapan Sekolah Kebangsaan Geliga Chukai, Kemaman, kira-kira jam 7 pagi pada 3 Jun 2016.

Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 35 kanun sama.

Bagi kesalahan itu, mereka boleh dihukum gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah dan Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala kedua- dua tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail dan Ghazali Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

Artikel Berkaitan: