Kelonggaran diberi diharap suntik kembali sektor keusahawanan

Wan Junaidi
Wan Junaidi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kelonggaran bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap diharap dapat menyuntik kembali sektor keusahawanan negara dan membantu usahawan menggerakkan kembali perniagaan dalam tempoh mencabar ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau dalam kenyataan pada Isnin berkata, pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad berhubung Ekonomi Rakyat dan Kelangsungan Perniagaan amat bertepatan dan keputusan itu bakal memberi sinar kepada usahawan industri makanan khususnya restoran serta usahawan dalam perniagaan pelancongan seperti inap desa.

“Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) amat bergantung kepada sokongan rakyat atau pelanggan bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka hidup.

Tidak dinafikan usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar vaksinasi atau ‘ramping-up the vaccination rate’ sudah menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan.

“Terbukti rakyat menyahut panggilan dan menyambut baik seruan kerajaan ini untuk menerima vaksinasi.

Adalah diharapkan PMKS tidak terkecuali daripada mendapatkan vaksinasi ini,” katanya.

PMKS yang berjumlah lebih 1.15 juta pada 2020, memberi sumbangan yang amat signifikan dalam pembangunan sosioekonomi negara, dengan sumbangan hampir separuh guna tenaga di negara ini iaitu sebanyak 7.3 juta orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: