Jenazah Siti Sarah akan dikebumi di Gombak

Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas semua urusan di hospital selesai.
Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas semua urusan di hospital selesai.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas semua urusan di hospital selesai.

Ketika ini, jasad Siti Sarah masih lagi berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi urusan pengurusan jenazah.

Menurut laporan Awani, difahamkan jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu dari HUKM pada jam 11.30 pagi ini.

Difahamkan juga jenazah akan dikebumikan bersebelahan pusara ibunya Allahyarham Noor Aini Mohamad.

Maklumat lain tentang urusan pengebumian jenazah belum dimaklumkan secara terperinci buat masa ini.

Siti Sarah, 36, yang juga isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad meninggal dunia di HUKM di sini awal pagi tadi setelah beberapa hari bertarung melawan Covid-19.

Siti Sarah yang dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu akibat Covid-19 menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan sendiri Shuib menerusi satu muat naik di akaun Instagramnya hari ini. - SumberAwani

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Sarah meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN:Dr Noor Hisham zahir ucapan takziah pemergian Siti Sarah