Dr Noor Hisham zahir ucapan takziah pemergian Siti Sarah

Siti Sarah dilapor menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di HCTM Universiti Kebangsaan Malaysia, pada Isnin. Dr Noor Hisham mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi terkenal Siti Sarah yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pagi tadi menerusi kemaskini di Facebooknya.

A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pagi tadi.

Menerusi status dimuat naik di Facebooknya, Dr Noor Hisham turut mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang terkorban akibat Covid-19.

"Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban oleh Covid-19," katanya.

Media sebelum ini melaporkan isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, pada Isnin.

Siti Sarah pada Jumaat selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak keempat pasangan itu ketika menerima rawatan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas tahap oksigen semakin tidak stabil.

Keluarga penyanyi berkenaan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Sarah meninggal dunia

Artikel Berkaitan: