Jangkitan Covid-19 turun lagi, 18,688 kes hari ini

Sebanyak 18,688 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini.
Sebanyak 18,688 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Malaysia mencatatkan 18,688 kes positif baharu Covid-19 pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan meningkat kepada 1,262,540 kes.

Menurut beliau, Selangor terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi mengikut negeri dengan 6,565 kes diikuti Kuala Lumpur (1,883) dan Kedah (1,610).

"Sabah mencatatkan 1,379 kes, Johor (1,308),Negeri Sembilan (1,140), Kelantan (870), Perak (861), Pulau Pinang (694), Pahang (602), Terengganu (598) dan Sarawak (581) serta Melaka (526),

"Sementara itu, Putrajaya sebanyak 63 kes, Perlis (enam) dan dua di Labuan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 1,095 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 571 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tambah beliau, kes kematian yang dilaporkan melibatkan 221 kes di Selangor, Kuala Lumpur (41), Melaka (20), Perak (17), Pulau Pinang (15) dan 14 kes di Johor. “Masing-masing enam di Negeri Sembilan dan Pahang, lima kes di Sabah dan Terengganu, Putrajaya (dua) serta satu kes Kelantan," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan sebanyak 17,055 sembuh sekaligus menjadikan jumlah kumulatifnya 1,026,398 kes.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, sebanyak 39 kluster baharu dikenalpasti melibatkan 18 kluster tempat kerja, komuniti (15), kumpulan berisiko tinggi (dua), pusat tahanan (dua), keagamaan (satu) dan pendidikan tinggi (satu).

"Jumlah keseluruhan kluster yang dikesan adalah 3,398 kluster dan 2,725 daripadanya diisytiharkan tamat manakala, 1,213 pula masih aktif," katanya.