Perarakan, kibaran Jalur Gemilang rai hari terakhir PKPD

Perarakan melibatkan lapan kenderaan itu disertai tujuh agensi kerajaan yang terlibat secara langsung sepanjang tempoh PKPD di Medan Klebang Restu, Ipoh.
Perarakan melibatkan lapan kenderaan itu disertai tujuh agensi kerajaan yang terlibat secara langsung sepanjang tempoh PKPD di Medan Klebang Restu, Ipoh.
A
A
A

IPOH - Hari terakhir pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan Klebang Restu, di sini pada Ahad dirai dengan perarakan dan kibaran Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Perarakan melibatkan lapan kenderaan itu disertai tujuh agensi kerajaan yang terlibat secara langsung sepanjang tempoh PKPD iaitu Jabatan Penerangan Daerah Kinta, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta, Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta.

Program sepakat@komuniti sempena kempen kibar Jalur Gemilang peringkat daerah Kinta itu turut dimeriahkan dengan gelagat penduduk yang sebahagiannya memakai baju kebangsaan dan mengibar bendera di hadapan rumah masing-masing.

Penduduk di Medan Klebang Restu, Ipoh turut sama memeriahkan program dengan memakai baju kebangsaan dan mengibar bendera di hadapan rumah masing-masing.
Penduduk di Medan Klebang Restu, Ipoh turut sama memeriahkan program dengan memakai baju kebangsaan dan mengibar bendera di hadapan rumah masing-masing.

Pengarah Penerangan Perak, Mohd Taib Ubah berkata, Medan Klebang Restu dipilih bersempena berakhirnya PKPD di kawasan itu yang bermula sejak 26 Julai lepas.

Katanya, sesuai dengan suasana norma baharu, program terbabit diadakan mengikut SOP yang ketat dengan penyertaan terhad dalam kalangan tujuh agensi kerajaan sahaja.

Mohd Taib
Mohd Taib

"Kumpulan konvoi ini bergerak mengelilingi kawasan perumahan sambil dimeriahkan dengan hebahan pematuhan SOP dan kempen kibar Jalur Gemilang serta lagu-lagu patriotik sempena menyemarakkan sambutan bulan Kebangsaan.

Artikel Berkaitan:

"Program ini juga bertujuan untuk menyemarakkan semangat cintakan negara dan mengeratkan lagi hubungan masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan harmoni," katanya pada sidang akhbar di sini pada Ahad.

Konvoi kenderaan bergerak mengelilingi kawasan perumahan di Medan Klebang Restu, Ipoh dengan hebahan pematuhan SOP dan kempen kibar Jalur Gemilang serta lagu-lagu patriotik.
Konvoi kenderaan bergerak mengelilingi kawasan perumahan di Medan Klebang Restu, Ipoh dengan hebahan pematuhan SOP dan kempen kibar Jalur Gemilang serta lagu-lagu patriotik.

Program berkenaan dirasmikan Pegawai Daerah Kinta, Meor Hezbullah Meor Abd Malik dan turut dihadiri Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.

Penduduk di Medan Klebang Restu dalam Mukim Chemor dikenakan PKPD selama dua minggu bermula 26 Julai sehingga 8 Ogos berikutan terdapat peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.