Menangi emas pencapaian hebat Brazil

Skuad Brazil bersama pingat emas yang dimenangi bagi acara bola sepak Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Foto Reuters
Skuad Brazil bersama pingat emas yang dimenangi bagi acara bola sepak Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Foto Reuters
A
A
A

KETUA jurulatih Brazil, Andre Jardine menyifatkan kejayaan mempertahankan pingat emas acara bola sepak (lelaki) di Sukan Olimpik Tokyo 2020, ibarat ‘pencapaian hebat’ (crowning achievement) buat skuad kendaliannya itu.

Menurut jurulatih berusia 41 tahun itu, kejayaan tersebut nyata satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh skuad Selecao terutamanya setelah skuad senior tewas 0-1 kepada Argentina pada aksi final Copa America, 11 Julai lalu.

“Ia (kejayaan) satu pencapaian yang membanggakan. Pemain-pemain telah mempamerkan ‘attitude’ yang baik di sepanjang perlawanan.

“Mereka telah menunjukkan ketahanan hingga ke wisel penamat bagi mengekang asakan-asakan daripada kesebelasan Sepanyol yang dilihat turun dengan penuh semangat bagi merampas pingat emas daripada kita.

“Pemain juga telan menunjukkan tahap disiplin tinggi di sepanjang perlawanan bagi berdepan asakan-asakan hebat daripada pemain Sepanyol sehinggalah ke wisel penamat,” katanya.

Gol kedua Malcom memastikan Brazil mempertahankan pingat emas acara bola sepak (lelaki), Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Foto Reuters
Gol kedua Malcom memastikan Brazil mempertahankan pingat emas acara bola sepak (lelaki), Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Foto Reuters

Artikel Berkaitan:

Pada aksi final berkenaan, penyerang Brazil, Matheus Cunha menjaringkan gol pertama Selecao pada masa kecederaan babak pertama sebelum Mikel Oyarzabal menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-61.

Bagaimanapun pemain gantian, Malcom melenyapkan sisa-sisa perjuangan Sepanyol apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-108 masa tambahan bagi memastikan Brazil mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan Olimpik Rio 2016 lalu.

Untuk rekod, Brazil berpeluang untuk membuka jaringan pada minit ke-38, tetapi sepakan pemain Everton, Richarlison tinggi melepasi palang gol.

Sementara itu Jardine mendedahkan usaha mempertahankan pingat emas Olimpik bagi acara bola sepak itu telah mula dijalankan sejak awal 2019 lalu.

Katanya, pihak Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF), mengambil serius mengenai usaha berkenaan dan mahu memastikan ia berjaya direalisasikan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Sejak memenangi emas di Rio 2016, pihak CBF sudah mula menjalankan usaha agar ia (pingat emas) mampu dipertahankan pada sukan Olimpik seterusnya.

“Oleh itu, kemenangan ini sangat bermakna buat kami dan sekali gus menjadikan usaha kami selamai ni telah berjaya membuahkan hasil.

“Tiada perkataan yang dapat saya ucapkan bagi menggambarkan kegembiraan ini dan buat masa ini kami hanya mahu meraikan kejayaan ini,” katanya.