X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Guardiola tetap bangga aksi Grealish walau tewas

Grealish. - Foto AFP
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tetap berbangga dengan aksi pemain baharu The Citizens, Jack Grealish biarpun akur tumpas 0-1 kepada Leicester City bagi aksi Piala Perisai Komuniti pada awal pagi Ahad.

Katanya, Grealish telah memberikan aksi terbaiknya pada perlawanan berkenaan menerusi aksinya yang dilihat berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan.

“Bagi saya, Grealish telah beraksi dengan baik. Dia juga agresif ketika berdepan dengan pertahanan lawan. Setiap kali dia mengawal bola, tiga pemain pertahanan lawan akan mengawalnya.

“Dia tidak datang ke sini untuk beraksi selama 25 minit, dia datang untuk beraksi bagi tempoh lima atau enam tahun akan datang sebab itulah kita perlu bersabar sebagaimana kita menantikan kehadiran pemain-pemain baharu yang lain.

“Kami akan menemui rentak tidak lama lagi dan dia (Grealish) juga akan semakin mengenali rakan-rakan sepasukannya dan begitu juga sebaliknya. Secara beransur-ansur kami akan temui rentak permainan yang terbaik,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan City tewas dengan jaringan pemain gantian Kelechi Iheanacho yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89.

Sementara itu menurut Guardiola, di sebalik kekalahan berkenaan dia dapat melihat banyak perkara menakjubkan pada perlawanan berkenaan khususnya daripada aksi kesebelasan City.

“Saya melihat banyak perkara ‘baik’ hari ini. Oleh itu, saya tidak rasa kita City bermain dengan buruk. Semua pemain telah beraksi dengan baik dan telah nyatakan perkara ini kepada pemain dan betapa bangganya saya dengan aksi yang mereka pamerkan.

“Bagaimanapun dalam bola sepak, anda perlu menang. Jika anda tidak menang, anda sebaliknya perlu mengucapkan tahniah kepada pihak lawan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!