Siasat dalang cuba beli ahli Parlimen pembangkang

Muhammad Zakwan (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di IPD Seberang Perai Utara pada malam Sabtu.
Muhammad Zakwan (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di IPD Seberang Perai Utara pada malam Sabtu.
A
A
A

KEPALA BATAS - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjalankan siasatan segera terhadap perbuatan membeli ahli Parlimen pembangkang yang didakwa giat dilakukan pihak tertentu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tasek Gelugor, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, perbuatan terdesak itu dipercayai dilakukan semata-mata mahu mengukuhkan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, pelbagai cara akan digunakan pihak berkenaan termasuk menawarkan habuan semata-mata mahu pemimpin pembangkang berkenaan berpaling tadah sebelum persidangan Parlimen dibuka pada September depan.

"Kami kesal kerana amalan jijik dengan menyogok masih lagi digunakan, sedangkan kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin ketika ini sudah hilang majoriti dan seharusnya meletakkan jawatan.

"Ketika negara sedang berdepan ancaman pandemik Covid-19 dan kegawatan ekonomi yang semakin parah, masih ada pihak yang mengamalkan politik kotor kerana mahu kekalkan kuasa," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada malam Sabtu.

Beliau yang juga Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu serta beberapa pimpinan AMK negeri ini sebelum itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara mengenai isu berkenaan.

Sementara itu, Muhammad Zakwan berkata, beliau menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp pada pagi Sabtu daripada individu tidak dikenali yang cuba menawarkan sogokan kepada majikannya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail agar melompat parti.

Beliau berkata, individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen durian Putrajaya memberikan tawaran 'durian mahal' sekiranya Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berminat untuk mengadakan rundingan.

Artikel Berkaitan: