Covid-19: Kontak rapat penyumbang terbesar di Sabah

Kontak rapat terus menjadi penyumbang terbesar kepada kes baharu Covid-19 di sabah.
Kontak rapat terus menjadi penyumbang terbesar kepada kes baharu Covid-19 di sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kontak rapat terus menjadi penyumbang terbesar kepada kes baharu Covid-19 di negeri ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, kontak rapat menyumbang sebanyak 618 kes atau 49.24 peratus daripada keseluruhan 1,255 kes baharu yang direkodkan pada Sabtu.

“Selain itu, kategori bergejala melibatkan 247 kes atau 19.68 peratus, manakala kes daripada saringan kluster sebanyak 131 kes atau 10.43 peratus.

"Kes-kes baharu yang diperoleh melalui saringan bersasar di lokasi-lokasi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) pula menyumbang 187 kes (14.9 peratus) dan lain-lain 72 kes (5.73 peratus)," katanya dalam satu kenyataan malam Sabtu.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah kes positif Covid-19 di Sabah pada Sabtu merekodkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 36 kes, berbanding 1,291 kes yang dicatatkan Jumaat (6 Ogos).

Sementara itu, Masidi berkata, terdapat dua kluster baharu dicatatkan di Sabah iaitu Kluster Sarikan, Nabawan dan Kluster Lebuh Empat, Sandakan, yang melibatkan tahanan di penjara dan pusat tahanan sementara. - Bernama

Artikel Berkaitan: