Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pelancong Switzerland di Phuket

Seorang lelaki ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pelancong wanita dari Switzerland yang ditemukan mati di pulau peranginan Phuket, pada Khamis. - Gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pelancong wanita dari Switzerland yang ditemukan mati di pulau peranginan Phuket, pada Khamis. - Gambar hiasan
A
A
A

BANGKOK - Polis Thailand berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes pelancong wanita dari Switzerland yang ditemukan mati di pulau peranginan Phuket, pada Khamis.

Menurut Bangkok Post, Ketua Polis, Jeneral Suwat Jangyodsuk berkata, dengan tertangkapnya suspek berusia 27 tahun itu siasatan kes itu dianggap selesai.

Polis dijangka mengadakan sidang akhbar berhubung kes itu pada Ahad.

Mayat pelancong berusia 57 tahun itu ditemukan berhampiran kawasan air terjun Ton Ao Yon dan mangsa disyaki dibunuh.

Mangsa dikenal pasti sebagai Nicole Sauvain-Weisskopf yang tiba di pulau itu pada 13 Jun di bawah program 'Phuket Sandbox'.

Sehingga kini, polis belum mengeluarkan laporan bedah siasat.

Dalam usaha untuk menghidupkan kembali industri pelancongan Thailand melancarkan inisiatif 'Phuket Sandbox' bermula 1 Julai.

Di bawah program itu pelancong asing yang lengkap divaksin dari negara berisiko rendah dan sederhana serta negatif ujian saringan Covid-19 boleh memasuki Phuket. - Bernama

Artikel Berkaitan: