Shah Firdaus tak patah tulang rusuk

Shah Firdaus terjatuh dalam perlumbaan pusingan pertama di Velodrom Izu, pada Sabtu.
Shah Firdaus terjatuh dalam perlumbaan pusingan pertama di Velodrom Izu, pada Sabtu.
A
A
A

JAGUH lumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak berdepan kecederaan patah tulang rusuk, sebaliknya mengalami luka ringan.

Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas dimaklumkan pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan terhadap Shah Fidaus.

"Keadaan dia stabil dan tidak ada yang dikatakan patah tulang rusuk sebagaimana yang dilaporkan. Dia hanya merasai dehidrasi dan akan melalui pemeriksaan lanjutan.

"Ia akan dilakukan oleh doktor dan pakar di sini dan kemudian pakar kita akan berbincang untuk menentukan kedudukan Shah Firdaus.

"Memang saya berada di sana, pelanggaran yang berlaku itu impak dia kelihatan begitu menakutkan. Namun, kesungguhan Shah Firdaus bangkit semula dalam repechage dan akhirnya ke suku akhir sebenarnya adalah satu kekuatan yang ditunjukan.

"Sampai dalam ambulans pun dia masih lagi minta supaya dia nak turun bertanding. Tapi apa pun bagi saya, keselamatan dan keadaan kesihatan Shah Firdaus adalah keutamaan," katanya kepada Astro Arena selepas kejadian menimpa Shah Firdaus.

Shah Firdaus terbabit dalam kemalangan ketika berentap pada pusingan pertama acara keirin sehingga menyaksikan dia gagal menamatkan perlumbaan.

Ketika ditanya adakah Shah Firdaus boleh bersaing di peringkat suku akhir pada Ahad, Reezal Merican memberitahu, segala-galanya bergantung kepada penilaian pakar perubatan, pelumba itu sendiri dan jurulatih, John Beasley.

Artikel Berkaitan:

"Waktu ini harap rakyat Malaysia sama-sama berdoa. Keadaan Shah Firdaus dalam keadaan baik dan stabil serta mempunyai semangat juang cukup tinggi untuk bertanding di suku akhir," ujarnya.