Tindakan tegas jika anjur, sertai himpunan 21 Ogos ini: PDRM

Acryl Sani Abdullah Sani
Acryl Sani Abdullah Sani
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur atau peserta yang merancang untuk mengadakan perhimpunan jalanan pada 21 Ogos ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengambil maklum terdapat pihak yang merancang akan mengadakan perhimpunan berkenaan.

Menurut beliau, perancangan aktiviti berkenaan adalah tindakan tidak bertanggungjawab kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Tindakan ini juga membelakangkan keselamatan kesihatan dalam senario semasa penularan wabak Covid-19," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Acryl Sani berkata, orang ramai diminta untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

"Polis meminta orang ramai tidak menyertai aktiviti yang melanggar SOP demi keselamatan kesihatan umum.

"PDRM juga tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang dikesan masih degil menganjurkan atau menyertai sebatang perhimpunan. Tindakan tegas akan diambil dalam perkara ini," katanya.

Artikel Berkaitan: