Tiga warga Indonesia didakwa seludup migran

Kesemua tertuduh diiring polis sebaik tiba di mahkamah.
Kesemua tertuduh diiring polis sebaik tiba di mahkamah.
A
A
A

SEREMBAN - Pasangan suami isteri antara tiga yang dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, atas pertuduhan menjalankan penyeludupan migran Januari lalu.

Tertuduh yang kesemua warga Indonesia, iaitu Dodi Junaidi, 40 dan isteri Marianum Amran, 43, serta Hendra Syahputra, 36, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka telah menjalankan penyeludupan migran terhadap 'Edor' yang merupakan seorang warga Indonesia.

Perbuatan dilakukan pada 30 Januari 2019 jam lebih kurang 11.15, di Stesen Minyak Petron Batu 7, Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang boleh dihukum mengikut akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hafizah Abdullah manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Madihah Harullah menetapkan 28 Mac depan sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Artikel Berkaitan: