China mula hantar surat undangan sempena Sukan Asia ke-19

Sumber gambar CMG
Sumber gambar CMG
A
A
A

SEMPENA kira detik 400 hari menjelang Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, satu majlis mengirim surat undangan untuk menyertai temasya sukan itu diadakan pada Jumaat.

Sebanyak 45 pucuk surat undangan telah dihantar oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Hangzhou kepada 45 anggota OCA.

Menurut peraturan OCA, pihak penganjur perlu mengirim surat undangan rasmi untuk setiap acara kepada anggota OCA, 12 bulan sebelum perasmian sukan berkenaan.

Turut disertakan dalam kiriman itu termasuk maskot, lencana dan penanda buku bertemakan Sukan Asia Hangzhou. - Bernama

Artikel Berkaitan: