Lelaki rebah tiba-tiba, meninggal dunia tepi kereta

Seorang lelaki ditemui rebah ketika sedang berjalan menuju ke sebuah kedai dobi dekat Taman Tunku Hamimah, Sungai Petani, pada Sabtu.
Seorang lelaki ditemui rebah ketika sedang berjalan menuju ke sebuah kedai dobi dekat Taman Tunku Hamimah, Sungai Petani, pada Sabtu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki dilaporkan rebah di hadapan kedai dobi dekat Taman Tunku Hamimah, di sini kira-kira jam 8.50 pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, mangsa berusia 38 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi kenderaan jenis Perodua Kancil warna putih.

Menurutnya, kejadian disedari seorang petugas kebersihan di kawasan terbabit yang ternampak mangsa tiba-tiba rebah.

"Saksi memberitahu mangsa ketika itu sedang berjalan kaki menuju ke sebuah kedai dobi," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Anuar, polis sedang mengesan identiti dan ahli keluarga mangsa untuk siasatan lanjut.

"Pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia dan telah membuat sanitasi di lokasi kejadian," katanya.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk tindakan lanjut.

Katanya, ujian saringan Covid-19 akan dijalankan sebelum proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.