Petisyen bebaskan Ain Husniza daripada tuntutan RM1 juta dimulakan

Petisyen yang dimulakan seorang individu itu bertujuan mendapatkan 150,000 tandatangan sebagai tanda sokongan kepada pelajar berkenaan.
Petisyen yang dimulakan seorang individu itu bertujuan mendapatkan 150,000 tandatangan sebagai tanda sokongan kepada pelajar berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu petisyen kepada kerajaan dimulakan di platform media sosial change.org sebagai usaha membebaskan pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam daripada tuntutan mahkamah sebanyak RM1 juta yang difailkan seorang guru sekolahnya bersabit isu gurauan rogol.

Petisyen yang dimulakan seorang individu itu bertujuan mendapatkan 150,000 tandatangan sebagai tanda sokongan kepada pelajar berkenaan.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, lebih 119,000 orang menandatangani petisyen sokongan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Ain Husniza rancang saman balas RM5 juta terhadap guru

Ain Husniza terima notis tuntutan RM1 juta

Kes jenaka rogol: Ain terima ancaman buang sekolah

Ain Husniza yang sebelum ini tular kerana mendedahkan gurauan berkaitan rogol didakwa dilakukan oleh guru sekolahnya di aplikasi media sosial TikTok, mengakui telah menerima notis tuntutan berjumlah RM1 juta.

Kata Ain Husniza, dia dituntut untuk membayar jumlah berkenaan dalam tempoh tujuh hari sebagai ganti rugi kenyataan yang telah dibuat olehnya terhadap guru terbabit. - Awani

Artikel Berkaitan: