Setiausaha Agung Pas dipanggil beri keterangan hari ini

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini untuk diambil keterangan dipercayai berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.

Menurut sumber, Takiyuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu itu tiba ke ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 9.20 pagi bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Pada 21 April tahun lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah terhadap editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London.

Tindakan itu susulan laporan Sarawak Report yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan Pas sebagai usaha Perdana Menteri menarik kepemimpinan Pas untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO

Bagaimanapun, Abdul Hadi telah menarik balik saman itu terhadap Clare dan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah. Kedua-dua pihak turut bersetuju tiada perintah berkenaan kos.

Ekoran daripada itu, pihak SPRM telah memanggil beberapa individu termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abdul Nik Abdul Aziz berhubung kes wang tersebut yang disyaki diterima pemimpin Pas melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull baru-baru ini mengesahkan tiada dana itu dimasukkan ke dalam akaun rasmi Pas.

Artikel Berkaitan: