X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Labbe pastikan emas Tokyo 2020 milik Kanada

Pengendali Kanada, Bev Priestman (kiri) meraikan kejayaan skuad kendaliannya meraih pingat emas acara bola sepak wanita Tokyo 2020 selepas menewaskan Sweden menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Antarabangsa Yokohama. FOTO: AFP
A
A

TOKYO 2020 akan terus diingati sebagai temasya yang melakar sejarah tersendiri buat skuad bola sepak wanita Kanada apabila pertama kali meraih pingat emas setelah menumpaskan Sweden 3-2 menerusi sepakan penalti penentuan dalam perlawanan akhir di Stadium Antarabangsa Yokohama.

Sweden terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Stina Blackstenius pada minit ke-34 sebelum Kanada bangkit lebih bertenaga pada babak kedua untuk meledak gol penyamaan hasil sepakan penalti Jessie Fleming pada minit ke-67.

Desiree Scott meraikan kejayaan Kanada merangkul pingat emas acara bola sepak wanita Tokyo 2020 selepas menewaskan Sweden menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Antarabangsa 
Yokohama. FOTO: AFP
Desiree Scott meraikan kejayaan Kanada merangkul pingat emas acara bola sepak wanita Tokyo 2020 selepas menewaskan Sweden menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Antarabangsa Yokohama. FOTO: AFP

Keputusan 1-1 tersebut kekal mengheret perlawanan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti yang menyaksikan penjaga gol Kanada, Stephanie Labbe muncul hero pasukannya untuk mengatasi rekod kemenangan back to back pingat gangsa pada edisi London 2012 dan Rio 2016.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!