Tiga import TFC beri impak positif

Kehadiran Dechi Marcel N’Guessan, Makan Konate dan Habib Haroon membantu rakan sepasukan di pertahanan dan serangan. - Foto Terengganu FC
Kehadiran Dechi Marcel N’Guessan, Makan Konate dan Habib Haroon membantu rakan sepasukan di pertahanan dan serangan. - Foto Terengganu FC
A
A
A

PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain mengakui tiga pemain tengah import memainkan peranan penting dalam mengawal persembahan skuad Penyu ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas PJ City FC dalam aksi Liga Super pada Rabu.

Menurut Nafuzi, gandingan tiga pemain import iaitu Dechi Marcel N’Guessan, Makan Konate dan Habib Haroon di bahagian tengah dianggap sebagai nadi utama yang sentiasa bijak mengawal corak permainan untuk membantu rakan sepasukan baik di pertahanan dan serangan.

Aksi tiga permain tersebut tegasnya, berjaya memberi masalah kepada lawan untuk melakukan asakan selain berjaya untuk mengawal pergerakan bola dengan lebih agresif bagi membantu rakan pasukan memburu jaringan.

Apatah lagi menurut Nafuzi, selepas mereka seri dan tewas dan dua perlawanan terdahulu, Nafuzi menganggap kebangkitan yang ditampilkan oleh anak buah benar-benar di luar jangkaan walaupun rata-rata pemain sudah agak kepenatan pada separuh masa kedua perlawanan.

“Bagi saya, bahagian tengah merupakan enjin kepada pasukan kerana kalau mereka dapat bermain dengan baik, yang lain juga akan dapat beri persembahan yang baik.

“Ketiga-tiga pemain ini memang penting kerana mereka dapat mengawal corak permainan, menggerakkan pasukan, dan membantu juga dari segi bertahan dan menyerang, jadi mereka betul-betul jadi peranan untuk pasukan.

“Apa-apa pun, tahniah saya ucapkan kepada semua pemain yang bekerja keras selepas tiada jaringan dilakukan dalam dua aksi sebelum ini dan mereka tetap bermain dengan baik walaupun pada minit-minit terakhir untuk menjaringkan gol.

“Sepertimana penyerang, David Da Silva, saya tahu kualiti yang ada pada dia dan apabila saya tengok dia bermain malam ini, saya percaya dia boleh menjaringkan gol, cuma kalau nak melakukan jaringan, ia bukan bergantung kepada dia seorang, tetapi kepada orang lain juga,” katanya dipetik dari laman Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Artikel Berkaitan: