Lubnan-Israel berbalas serangan

Israel lancarkan serangan balas terhadap Lubnan dari kedudukan berhampiran bandar Kiryat Shmona selepas hampir 20 roket dilancarkan oleh gerakan Hizbullah pada Jumaat. - Foto AFP
Israel lancarkan serangan balas terhadap Lubnan dari kedudukan berhampiran bandar Kiryat Shmona selepas hampir 20 roket dilancarkan oleh gerakan Hizbullah pada Jumaat. - Foto AFP
A
A
A

BEIRUT - Hampir 20 roket dilancarkan dari selatan Lubnan ke Israel pada Jumaat dalam insiden ketegangan baharu di sempadan kedua-dua negara.

Serangan itu mencetuskan beberapa letupan kuat di kawasan lapang Shebaa Farms yang merupakan serangan roket kedua dari wilayah tersebut pada minggu ini.

Menurut jurucakap tentera Israel, kira-kira 10 roket daripada roket itu berjaya ditembak jatuh sistem pertahanan udara manakala enam jatuh di kawasan sempadan Tel Aviv.

Sementara itu, gerakan Hizbullah mengaku melancarkan roket itu ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap serangan udara pertama dilancarkan rejim Zionis dalam tempoh tujuh tahun pada Khamis.

Beirut mengutuk serangan provokasi tersebut yang disifatkan sebagai perubahan taktik oleh Israel walaupun berdepan desakan pasukan pengaman PBB supaya kedua-dua pihak bertelagah bertenang untuk meredakan konflik.

Difahamkan, kali terakhir rejim Zionis membedil sasaran di Lubnan adalah pada tahun 2014 walaupun ia sering menyasarkan kedudukan gerakan Hizbullah atau Iran di Syria.

Daerah Shebaa Farms pernah dituntut oleh Lubnan, namun PBB mengisytiharkan ia sebagai sebahagian dari Bukit Golan di Syria yang diduduki Israel ketika Perang Enam Hari 1967. - AFP

Artikel Berkaitan: