Lima lagi ahli Parlimen selesai beri keterangan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima lagi Ahli Parlimen Pembangkang selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, pada Jumaat berhubung perarakan Ahli Parlimen Pembangkang ke bangunan Parlimen baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisoner Noor Delihan Yahaya ketika dihubungi berkata, mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kula Segaran, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baharu), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pulai) dan Gobind Singh Deo (Puchong).

Pada 4 Ogos lepas, enam Ahli Parlimen Pembangkang hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan, manakala semalam (Khamis) tiga lagi turut berbuat demikian.

Isnin lepas, Ahli Parlimen Pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan Covid-19.

Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan polis. - Bernama

Artikel Berkaitan: