Gempa bumi sederhana gegar selatan Sumatera

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 7.27 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa itu terletak kira-kira 10 kilometer (km) tenggara dari Sawah Lunto, Indonesia dengan kedalaman 10km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.- Bernama

Artikel Berkaitan: