MAIS bantu 418 keluarga terputus pendapatan

Eksekutif Pemulihan Riqab MAIS, Adlan Maarof (kiri) menyampaikan sumbangan makanan asas kepada Haridan (kanan) di Masjid Jamek, Batu 14, Puchong.
Eksekutif Pemulihan Riqab MAIS, Adlan Maarof (kiri) menyampaikan sumbangan makanan asas kepada Haridan (kanan) di Masjid Jamek, Batu 14, Puchong.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan bantuan berjumlah RM41,800 kepada 418 keluarga yang terputus pendapatan di sekitar daerah Sabak Bernam dan Petaling.

MAIS dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 314 keluarga dari Sabak Bernam dan 114 keluarga dari daerah Petaling.

Menurut kenyataan itu, bantuan yang diberikan kepada keluarga terjejas berbentuk makanan asasi seperti beras, minyak, gula, tepung dan sebagainya.

"Pandemik Covid-19 bukan sahaja menyebabkan masyarakat terpaksa berkurung di rumah malah ada yang terputus pendapatan akibat penutupan operasi dan sebagainya.

"Melihat keadaan ini MAIS terus menyalurkan bantuan bagi mereka meneruskan kehidupan," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Kenyataan itu memberitahu, seramai 14 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) terdiri daripada masjid dan surau di sekitar Petaling dan Sabak Bernam membantu MAIS menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang dikenalpasti.

"Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua," katanya.

Seorang sukarelawan RSAFM, Haridan Yusoff berkata, program sumbangan kepada golongan terjejas di kariahnya itu banyak membantu golongan terkesan yang berdepan kesukaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan:

“Saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIS terhadap sumbangan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

"Harapan saya sumbangan seperti ini dapat diteruskan pada masa depan," katanya yang juga Nazir Masjid Jamek, Batu 14, Puchong.