X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

14 peniaga Pasar Awam Port Dickson positif Covid-19

Penguat kuasa Kesihatan menampal notis penutupan Pasar Awam Port Dickson.
A
A

PORT DICKSON - Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) terpaksa melanjutkan penutupan Pasar Awam Port Dickson seminggu lagi sehingga 12 Ogos setelah 14 peniaga di pasar terbabit disahkan positif Covid-19.

Yang Dipertuanya, Zamri Mohd Esa, berkata, penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan kerja-kerja sanitasi dan mencegah kawasan bermulanya, atau merebaknya sesuatu penyakit berkaitan Covid-19.

"Kerja-kerja mengesan kontak rapat masih lagi dijalankan bagi mengekang penularan Covid-19 di daerah ini dan pelaksanaan kerja-kerja ini dilakukan dibawah subseksyen 18(1)(F) Akta Pengecahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Sehubungan itu, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan di pasar tersebut pada tarikh yang dinyatakan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pasar Awam Port Dickson sebelum ini diarah tutup bermula 30 Julai sehingga 5 Ogos, namun penutupan tersebut terpaksa dilanjutkan seminggu lagi.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!