Fasa Tiga PPN: Penduduk Perlis diminta terus patuhi SOP

Azlan meminta penduduk Perlis terus mengamalkan dan mematuhi SOP dengan penuh disiplin walaupun telah memasuki ke Fasa Tiga PPN.
Azlan meminta penduduk Perlis terus mengamalkan dan mematuhi SOP dengan penuh disiplin walaupun telah memasuki ke Fasa Tiga PPN.
A
A
A

KANGAR - Penduduk Perlis diminta terus mengamalkan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan penuh disiplin walaupun telah memasuki ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, walaupun negeri itu telah memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun dengan pematuhan SOP secara berterusan, rantaian dan penularan virus Covid-19 dapat dikurangkan dan mungkin dihentikan.

Menurut beliau, sekiranya SOP terus menjadi amalan, nilai ambang bagi tiga kriteria utama penentuan fasa PPN akan dapat dipertingkatkan.

"Selepas ini kemungkinan Perlis boleh memasuki fasa empat iaitu fasa terakhir dengan lebih cepat.

"Saya bersyukur kerana Perlis sudah pun berada dalam Fasa Tiga PPN pada Rabu bersama Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Azlan berkata, susulan itu lebih banyak pergerakan dan aktiviti harian penduduk di negeri ini dibenarkan antaranya termasuklah makan di luar, kebenaran menaiki kenderaan melebihi dua orang, serta kebenaran membuka pasar minggu.

"Ini semua sudah dibenarkan namun tertakluk kepada pematuhan ketat SOP yang ditetapkan dan dikuatkuasakan.

"Bagaimanapun masih ada aktiviti yang tidak dibenarkan kerana risiko tinggi seperti majlis kenduri dan perhimpunan sosial," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Perlis merujuk kepada perincian SOP berhubung apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan seperti dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan

Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan beralih ke fasa tiga PPN, selepas menunjukkan prestasi amat baik berkuatkuasa Rabu.

Berdasarkan SOP yang pernah dijelaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Jun lalu, terdapat beberapa kelonggaran diberikan dalam fasa tiga PPN. Antaranya semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti berisiko tinggi dan disenaraikan dalam senarai negatif seperti pub dan kelab malam.

Pergerakan rentas daerah dibenarkan manakala pergerakan rentas negeri kekal tidak dibenarkan.

Kelonggaran lain untuk fasa tiga termasuklah makan di restoran terhad kepada dua orang satu meja dengan mematuhi penjarakan fizikal manakala pengangkutan awam seperti teksi dan perkhidmatan e-hailing serta kenderaan persendirian, ditingkatkan kapasiti kepada tiga orang termasuk pemandu.