UMT kongsi kepakaran kesan imej paip bocor dasar sungai

Antara usaha dilakukan Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT bagi mengesan kebocoran paip di dasar sungai Terengganu yang menyebabkan krisis air, sejak Isnin lalu.
Antara usaha dilakukan Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT bagi mengesan kebocoran paip di dasar sungai Terengganu yang menyebabkan krisis air, sejak Isnin lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) berkongsi kepakaran dalam membantu menyelesaikan krisis air di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Pegawai Penyelidik KananInstitut Oseanografi dan SekitaranUMT, Ts Dr Azizi Ali berkata, antara usaha dilakukan ialah pengesanan imej dasar sungai Terengganu bagi mengenal pasti kebocoran paip Syarikat Air Terengganu (SATU).

"UMT melakukan operasi imbasan sonar dasar sungai bagi mendapatkan maklumat tempat lokasi kebocoran, kedalaman kawasan kebocoran dan keluasan kawasan terlibat.

"Oleh kerana air sungai keruh dan gelap, amat sukar bagi teknik selaman digunakan bagi menentukan kedalaman dan gambaran kawasan paip yang pecah.

"Jadi, data yang diperoleh dengan menggunakan sonar imbas sisi, pihak Satu akan memperoleh maklumat secara keseluruhan kawasan kebocoran, yang mana sukar diperolehi dengan teknik selaman," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau berkata, antara peralatan digunakan ialah Dual Frequecy Side Scan Sonar, Differential Global Positioning System (DGPS) supaya lokasi yang diperoleh adalah tepat.

Katanya, institut itu mempunyai kepakaran pemetaan dasar laut serta mempunyai peralatan terkini antaranya Side Scan Sonar, Multibeam, ROV serta Sub Bottom Proflier bagi tujuan pencarian, pengesanan dan pemetaan objek dan imej dasar laut atau sungai.

Artikel Berkaitan:

UMT berkongsi kepakaran bagi mengesan paip Syarikat Air Terengganu (SATU) yang bocor di dasar sungai Terengganu.
UMT berkongsi kepakaran bagi mengesan paip Syarikat Air Terengganu (SATU) yang bocor di dasar sungai Terengganu.

"Diharap kepakaran yang ada di UMT dapat manfaat terutama dalam menyelesaikan masalah-masalah melibatkan komuniti.

"Dengan kepakaran yang ada, diharap dapat menjalinkan kerjasama jangka panjang supaya kajian-kajian lebih strategik dapat dibuat sebagai langkah pencegahan berhubung masalah setempat dan nasional," katanya

Gangguan bekalan air disebabkan pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu membabitkan 28,700 akaun pengguna di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sejak Isnin lalu dijangka berlarutan dalam tempoh tujuh hari lagi.

Antara kawasan terlibat ialah Bukit Jong, Maras, Gong Badak, Sungai Ikan, Bukit Berangan, Alur Jambu, Gemuroh, Batu Rakit, Tok Jembal, Ladang Sentosa, Alor Damak, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Bukit Sudu, Pagar Besi, Padang Nenas, Mengabang Telipot, Tepoh, Lingai, Mengabang Telong, Padang Hangus, Bukit Wan, Wakaf Tengah dan Pagar Ubi di Kuala Nerus.

Sementara itu kawasan terjejas di Kuala Terengganu pula melibatkan Buluh Gading Masjid, Buluh Gading Dewan, sebahagian Banggol Peradong, Kampung Manir, Banggol Tuan Muda, Kampung Tualang, Petai Bubus, Kebor Air, Paya Datu, Teluk Menara dan Jeram.