Ribuan penduduk Kashmir lari ke kawasan selamat

 Sebuah keluarga meninggalkan pekan Chakhoti yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Garisan Kawalan (LoC), yang menjadi pertikaian sempadan antara India dan Pakistan.
Sebuah keluarga meninggalkan pekan Chakhoti yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Garisan Kawalan (LoC), yang menjadi pertikaian sempadan antara India dan Pakistan.
A
A
A

SRINAGAR - INDIA . Ribuan penduduk Kashmir meninggalkan kediaman masing-masing dan ada sebahagian daripada mereka menggali atau menggunakan semula kubu bawah tanah untuk perlindungan, berikutan ketegangan semakin memuncak antara India dan Pakistan.

Sekurang-kurangnya 2,000 orang bertindak meninggalkan kediaman mereka berhampiran sempadan daerah Kotli dan Jhelum di Pakistan.

Pihak berkuasa turut menutup semua sekolah.

“Lebih ramai orang meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari tempat yang lebih selamat,” kata pegawai kerajaan di Kotli, Umar Azam. – AFP

Artikel Berkaitan: