Brazil tidak boleh leka

Pemain Brazil meraikan kejayaan mara ke final acara bola sepak Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah menewaskan Mexico pada Selasa. Gambar kecil: Jardine - Foto Reuters. (gambar kecil: Jardine)
Pemain Brazil meraikan kejayaan mara ke final acara bola sepak Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah menewaskan Mexico pada Selasa. Gambar kecil: Jardine - Foto Reuters. (gambar kecil: Jardine)
A
A
A

REPUTASI selaku juara bertahan diharap tidak melekakan Brazil ketika berdepan Sepanyol pada aksi final bola sepak Sukan Olimpik Tokyo di Stadium Yokohama, pada Sabtu.

Pengendali skuad Selecao, Andre Jardine berkata, cabaran skuad La Roja itu tidak boleh dipandang mudah setelah mereka berjaya mengenepikan cabaran tuan rumah, Jepun pada aksi separuh akhir.

Justeru menurut Jardine, skuad kendaliannya itu diharap dapat mengekalkan fokus di sepanjang perlawanan dalam usaha mengekalkan pingat emas yang dimenangi di Olimpik Rio 2016 lalu.

“Saya percaya, Sepanyol akan beraksi akan memberikan aksi maksimum pada perlawanan berkenaan bagi merealisasikan misi mereka untuk memenangi emas acara bola sepak pada Olimpik kali ini.

“Mereka telah berjaya membentuk pasukan yang kuat dan ini dapat disaksikan peningkatan mereka pada setiap perlawanan yang dilalui pada Sukan Olimpik 2020 kali ini.

“Oleh itu, saya berharap kesemua pemain dapat kekal fokus bagi mengharungi perlawanan ini,” katanya.

Brazil mara ke final Sukan Olimpik 2020 setelah menenang 4-1 ke atas Mexico menerusi penentuan sepakan penalti, 3 Ogos lalu.

Sementara itu Jardine berharap agar pemain pertahanan berpengalaman, Dani Alves dapat memimpin kesebelasan pemain muda Brazil bagi mengharungi aksi final berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pengalaman pemain berusia 38 tahun itu diharap dapat membantu skuad Selecao itu untuk beraksi cemerlang pada final kali ini.

“Diharapkan Alves dapat memanfaatkan pengalamannya selama ini bagi memimpin pemain-pemain muda kami untuk melakar kejayaan pada final nanti,” katanya.