Sindiket jenayah kaut untung ketidaktentuan politik Malaysia

Kumpulan jenayah terancang terutama sindiket penyeludupan dan haram dipercayai mengambil kesempatan untuk mengaut untung daripada ketidaktentuan politik di Malaysia dan isu-isu ekonomi disebabkan oleh pandemik Covid-19. - Gambar hiasan Gambar kecil: Fazli
Kumpulan jenayah terancang terutama sindiket penyeludupan dan haram dipercayai mengambil kesempatan untuk mengaut untung daripada ketidaktentuan politik di Malaysia dan isu-isu ekonomi disebabkan oleh pandemik Covid-19. - Gambar hiasan Gambar kecil: Fazli
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kumpulan jenayah terancang terutama sindiket penyeludupan dan haram dipercayai mengambil kesempatan untuk mengaut untung daripada ketidaktentuan politik di Malaysia dan isu-isu ekonomi disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Pengarah Urusan Advokasi Runcit dan Jenama Dagang cawangan Malaysia (RTBA Malaysia), Datuk Fazli Nordin berkata, ia adalah susulan pergolakan politik baru-baru ini yang menyebabkan peningkatan kadar pengangguran dan penurunan tahap pendapatan isi rumah.

Memetik laporan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai dadah dan jenayah bertajuk “Jenayah dan Ketidakstabilan”, beliau berkata, kajian menunjukkan kaitan jelas antara ketidakstabilan politik dan pertambahan aktiviti kumpulan jenayah terancang.

Lazimnya, kata beliau, penjenayah mengaut keuntungan apabila kerajaan mengalih pandangan daripada isu-isu keselamatan dan penguatkuasaan serta cabaran-cabaran ekonomi.

"Pergolakan politik di Malaysia belum mencapai tahap kritikal, namun kita sudah pun melihat peningkatan aktiviti penyeludupan barangan haram dalam beberapa bulan kebelakangan ini, terutama penyeludupan rokok,” ujar beliau.

Menurut Fazli, sindiket jenayah terancang membawa masuk dalam bilangan besar rokok seludup dari negara lain, termasuk Indonesia dan Vietnam, menggunakan kapal kargo besar dan berlabuh sebelum sempadan perairan negara ini.

“Operasi licik membabitkan orang asing dan orang tempatan yang bersubahat kemudiannya membawa rokok-rokok itu menerobos pantai yang luas untuk diedarkan ke seluruh Malaysia,” ujar beliau.

Beliau menjelaskan, elemen paling membimbangkan di dalam keseluruhan operasi pasaran gelap ini ialah pendedahan mengenai wujudnya ketua jenayah atau 'Dons' menyerupai Mafia yang berada di puncak carta organisasi jenayah mengawal segala aspek perniagaan haram bernilai berbilion ringgit.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun agensi penguatkuasaan undang-undang kita mengetahui siapa sebenarnya 'Dons' berkenaan, apakah tindakan tidak dapat diambil disebabkan pemimpin negara dan penggubal undang-undang sentiasa dialih perhatian bermain 'Game of Thrones?'” katanya.

Fazli berkata, membenarkan Dons penyeludup untuk beroperasi pastinya mempersendakan keluhuran undang-undang dan mengakibatkan kitaran ganas yang akan membaca kepada situasi 'de facto' kerajaan yang gagal.

Katanya, sindiket jenayah terancang suka kepada ketidakstabilan politik dan mereka akan sukarela memudah cara kerajaan yang gagal berfungsi menerusi rasuah.

"Lagipun, kesulitan pendapatan dan kadar pengangguran tinggi juga bermakna lebih ramai pengguna akan beralih kepada produk seludup yang tidak dicukai dan tidak mengikut peraturan.

“Kini masanya adalah lebih penting bagi para pemimpin dan penggubal dasar untuk bersatu bagi menggubal dasar-dasar yang tegas dan ketara yang akan memacu pemulihan ekonomi dan mengelak ketirisan. Berpolitik hanya bermanfaat apabila membawa kemajuan yang bermakna,” ujarnya.

“Kita telah melihat dasar-dasar pintar dilaksanakan di dalam Belanjawan 2021 yang memberi impak ke atas penyeludupan rokok pada peringkat awal. Tetapi sindiket jenayah kini datang balik.

"Oleh itu, kerajaan mesti nekad dalam mengekalkan pelaksanaan moratorium dan menangani jurang harga antara rokok seludup dengan yang sah supaya ia tidak menguntungkan penjenayah,” katanya.

Serentak itu, katanya, kerajaan perlu memperkasa agensi penguatkuasaan kita dengan alat dan dasar-dasar yang membolehkan mereka memburu dan membanteras ketua-ketua penyeludupan secara lebih berkesan.