4,000 pekerja industri Telok Kalong, Paka terima vaksin

Sebahagian pekerja sektor perindustrian dari kawasan Telok Kalong dan Paka menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Dewan Canselori Kolej Universiti TATI (UCTATI).
Sebahagian pekerja sektor perindustrian dari kawasan Telok Kalong dan Paka menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Dewan Canselori Kolej Universiti TATI (UCTATI).
A
A
A

KEMAMAN - Seramai 4,000 pekerja sektor perindustrian dari kawasan Telok Kalong dan Paka menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Dewan Canselori Kolej Universiti TATI (UCTATI), sejak 26 Julai lalu.

Ketua penyelaras PPVIN UCTATI, Dr Mohd Najib Muhamed berkata, kumpulan pekerja itu menerima suntikan vaksin bagi dos pertama bermula 26 Julai hingga 3 Ogos.

"Berdasarkan rekod pendaftaran pada aplikasi MySejahtera, dianggarkan seramai 500 individu hadir ke PPVIN untuk mendapatkan suntikan vaksin pada setiap hari.

"Kita harap ia dapat membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan lebih cepat sekali gus membantu kerajaan negeri untuk sasaran peralihan ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurut Dr Mohd Najib, PPVIN UCTATI merupakan hasil inisiatif Program lmunisasi lndustri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang diuruskan oleh sukarelawan UCTATI bagi memastikan proses vaksinasi berjalan lancar.

Katanya, suntikan dos kedua bagi pekerja industri akan bermula pada 16 hingga 24 Ogos ini.

Artikel Berkaitan: