Agong kurnia sumbangan kepada 10 keluarga di Rompin

Al-Sultan Abdullah turut berkenan meluangkan masa di setiap rumah dan menyantuni ahli-ahli keluarga penerima. - Foto FB Istana Negara
Al-Sultan Abdullah turut berkenan meluangkan masa di setiap rumah dan menyantuni ahli-ahli keluarga penerima. - Foto FB Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada 10 keluarga yang memerlukan bantuan di Kampung Gading, Rompin, Pahang pada Khamis.

Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi pada Jumaat memaklumkan, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada 10 keluarga tersebut yang terdiri daripada golongan asnaf, warga emas serta ibu tunggal dalam lawatan selama dua jam.

“Selain mengurniakan sumbangan, Al-Sultan Abdullah turut berkenan meluangkan masa di setiap rumah dan menyantuni ahli-ahli keluarga tersebut yang mencerminkan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda terhadap golongan yang memerlukan.

Seri Paduka Baginda menyantuni salah seorang warga emas dalam lawatan selama dua jam di Rompin pada Khamis. - Foto Istana Negara
Seri Paduka Baginda menyantuni salah seorang warga emas dalam lawatan selama dua jam di Rompin pada Khamis. - Foto Istana Negara

“Semoga sumbangan Seri Paduka Baginda ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya dalam menghadapi tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa Satu yang dilaksanakan oleh kerajaan,” menurut hantaran itu yang turut memuat naik beberapa keping gambar lawatan tersebut.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda itu diiringi Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. - Bernama

Artikel Berkaitan: