X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Selangor lulus pembiayaan PKS RM472 juta

AMIRUDIN SHARI
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor meluluskan pembiayaan sebanyak RM472 juta menerusi inisiatif pembiayaan tunai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meningkatkan aliran tunai dan kitaran modal operasi perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif 'Selangor Advance' yang menawarkan pembiayaan mudah dan fleksibel itu sebagai usaha memastikan kelangsungan PKS terus beroperasi meskipun dalam keadaan sukar.

Infografik inisiatif pembiayaan tunai PKS bagi meningkatkan aliran tunai dan kitaran modal operasi perniagaan.
Infografik inisiatif pembiayaan tunai PKS bagi meningkatkan aliran tunai dan kitaran modal operasi perniagaan.

"Pembiayaan ini diharap dapat membantu memastikan kelangsungan aliran tunai syarikat yang akan menjamin peluang pekerjaaan dan kebajikan pekerja," katanya yang memuat naik status di Facebook pada Jumaat.

Amirudin memberitahu, pakej pembiayaan PKS itu termasuk dalam dana tambahan sebanyak RM200 juta yang diluluskan dalam Pakej Kita Selangor 2.0.

Menerusi infografik dikongsi Amirudin itu, sehingga kini, sebanyak 925 syarikat telah memohon pembiayaan berkenaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!