Wanita warga emas rentung kedai terbakar

Bangunan kedai di Jalan Kubong terbakar awal pagi tadi. - Foto Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak
Bangunan kedai di Jalan Kubong terbakar awal pagi tadi. - Foto Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak
A
A
A

LIMBANG - Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam satu kebakaran bangunan kedai di Jalan Kubong pada lebih kurang 2.31 pagi tadi.

Wong Ah Ping yang berusia dalam lingkungan 80an dikatakan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda dipercayai terperangkap di dalam sebuah bilik manakala suami dan dua anak perempuannya selamat.

Menurut Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, Clarence D Primus Tiandun, keluarga serta jiran tidak dapat menyelamatkan mangsa kerana api sudah marak dan asap tebal.

“Tiga ahli keluarga mangsa yang melecur dalam kebakaran itu selamat dan dihantar ke Hospital Limbang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Clarence berkata, kebakaran itu memusnahkan keseluruhan bangunan, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sembilan anggota bomba dengan tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 10 kilometer dari balai untuk memadam kebakaran itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis, kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: