Varian Delta punca jangkitan utama di Lembah Klang

Varian Delta Covid-19 mempunyai kadar kebolehjangkitan berbeza dan mengambil masa untuk landai. Gambar hiasan
Varian Delta Covid-19 mempunyai kadar kebolehjangkitan berbeza dan mengambil masa untuk landai. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jangkitan utama Covid-19 di Lembah Klang disebabkan oleh varian Delta, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Keong.

Menurutnya, varian Delta Covid-19 mempunyai kadar kebolehjangkitan berbeza dan mengambil masa untuk landai.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata berkata, hingga 22 Julai lepas, KKM telah mengesan sejumlah 409 kes varian yang membimbangkan (VOC) berkaitan virus COVID-19 di Malaysia iaitu 189 kes bagi varian delta, 206 kes bagi varian Beta dan 14 kes bagi varian Alpha.

"Pada bulan ini kita menjangkakan jumlah penjujukan genom akan meningkat sebab kita telah menubuhkan konsortium tujuh makmal di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan di universiti.

"Ia akan meningkatkan lagi 1,000 penjujukan genom sebulan dan dengan itu kita akan dapat lebih terperinci lagi maklumat tentang penyebaran varian-varian di dalam negara kita," katanya.

Artikel Berkaitan: