Maqis rampas 45,000 anak pokok kayu putih tanpa permit

Maqis Selangor merampas 45,000 anak pokok kayu putih (eucalyptus) bernilai RM11,700 dari China pada Rabu.
Maqis Selangor merampas 45,000 anak pokok kayu putih (eucalyptus) bernilai RM11,700 dari China pada Rabu.
A
A
A

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas 45,000 anak pokok kayu putih (eucalyptus) bernilai RM11,700 dari China kerana tiada permit import dan sijil fitosanitasi.

Menurut kenyataan Maqis Selangor, kesemua anak pokok itu cuba dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an menggunakan empat buah bagasi sekitar jam 4 petang pada Rabu.

“Lelaki yang juga warganegara Malaysia itu ditahan ketika pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pihak Maqis bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Dikatakan anak pokok berkenaan adalah untuk ditanam di negeri pantai timur,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, menurut Maqis, perbuatan mengimport tumbuhan tanpa permit adalah salah di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang membawa hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda mencecah RM100,000.

Artikel Berkaitan: