Rampasan kokain bernilai RM5.90 bilion di AS

Pasukan pengawal pantai Amerika Syarikat pada Khamis mengumumkan kejayaan merampas hampir 27 tan kokain dan 650,000 kilogram kanabis. - Foto AFP
Pasukan pengawal pantai Amerika Syarikat pada Khamis mengumumkan kejayaan merampas hampir 27 tan kokain dan 650,000 kilogram kanabis. - Foto AFP
A
A
A

MIAMI - Pasukan pengawal pantai Amerika Syarikat (AS) pada Khamis melaporkan ia berjaya merampas kokain bernilai kira-kira AS$1.4 bilion (RM5.90 bilion) dan kanabis dalam beberapa operasi.

Komander pasukan itu, Steve Poulin berkata pada satu sidang akhbar, ia ialah dadah haram terbesar yang berjaya dirampas dalam sejarah pengawal pantai AS.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Port Everglades, Florida berhubung rampasan hampir 27 tan kokain dan 650 kilogram kanabis.

Rampasan itu dikendalikan oleh pelbagai unit pasukan pengawal pantai dengan bantuan daripada Tentera Laut Kanada dengan sokongan pasukan pengawal pantai AS, kata Kapten Todd Vance.

Menurutnya, kru-kru pasukan tersebut dan usaha mereka berjaya memberikan tamparan hebat dalam memerangi rangkaian jenayah.

Berdasarkan kepada kenyataan para pegawai, jumlah dadah yang dirampas tersebut ialah dua kali ganda daripada yang pernah dilakukan oleh pasukan pengawal pantai AS pada tahun 2020. - Agensi

Artikel Berkaitan: