Tumpu beri vaksin kepada pelatih rumah perlindungan, pemulihan

Zawawi memaklumkan proses vaksinasi kepada semua pelatih rumah perlindungan dan pemulihan di Selangor akan dilaksanakan melalui Program SelVax.
Zawawi memaklumkan proses vaksinasi kepada semua pelatih rumah perlindungan dan pemulihan di Selangor akan dilaksanakan melalui Program SelVax.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bersetuju membantu proses vaksinasi kepada semua pelatih rumah perlindungan dan pemulihan di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, proses vaksinasi itu akan dilaksanakan melalui Program Selangor Vaksin (SelVax).

Menurut beliau, program itu akan memberi tumpuan kepada semua rumah perlindungan diusahakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi kebajikan yang dikelola di bawah Bahagian Pemulihan Ar-riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

"Walaupun mereka (pelatih rumah perlindungan dan pemulihan) tidak bergaul dengan komuniti di luar, mereka tetap berisiko untuk mendapat jangkitan wabak Covid-19," katanya yang memuat naik status di Facebook pada Jumaat.

Mohd Zawawi berkata, program pemberian vaksinasi itu penting kerana terdapat penularan kes Covid-19 di sebuah rumah perlindungan di negeri ini hingga menyukarkan pihak pengurusan membuat proses saringan dan kuarantin.

"Justeru, (kerajaan Selangor mengambil ketetapan) mereka juga perlu diberikan imunisasi," katanya.

Artikel Berkaitan: