X

Kindly register in order to view this article
!

Mengenang 76 tahun pengeboman Hiroshima

Pejalan kaki berjalan dalam hujan berdekatan Atomic Bomb Dome, di Hiroshima, barat Jepun. - Foto AP
A
A

HARI ini 6 Ogos genap 76 tahun bom atom bergelar 'Little Boy' dari pesawat Amerika Syarikat B-29 Enola Gay jatuh menimpa bumi Hiroshima, Jepun.

Pengeboman kira-kira pukul 8.15 pagi waktu tempatan itu mengorbankan hampir 80,000 nyawa penduduk, termasuk kanak-kanak yang tidak bersalah.

Malah mereka yang terselamat pula menderita kesan kesihatan jangka panjang seperti barah dan penyakit kronik, yang disebabkan kesan radiasi.

Kejadian pada tahun 1945 itu menukar bandar Hiroshima menjadi padang jarak padang tekukur.

Bandar itu mencatat suhu panas melampau sehingga mampu mencairkan besi dan merosakkan segalanya.

Tiga hari kemudian, kira-kira pukul satu pagi waktu tempatan, Amerika Syarikat sekali lagi mengugurkan bom dipanggil 'Fat Man' di Nagasaki.

Lebih daripada 40 peratus bandar itu musnah dengan 40,000 lagi nyawa melayang sekelip mata.

Tragedi dahsyat dalam sejarah peperangan dunia itu menyaksikan dua kota terpenting di Jepun lumpuh sepenuhnya.

Peristiwa hitam itu bukan sahaja meninggalkan kesan mengerikan kepada rakyat Jepun, malah juga kepada masyarakat dunia.

Ia juga merintis kepada usaha untuk memastikan dunia bebas senjata nuklear.

Ini kerana, penggunaan senjata jenis itu mampu merencatkan populasi dunia.

Dan selepas berdekad-dekad, perjanjian larangan pemilikan senjata nuklear diadaptasi pada 2017.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada negara kuasa nuklear menyertai perjanjian ini. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!