Sajjad kembali ke pangkuan keluarga selepas 45 tahun

Kepulangan Sajjad ke pangkuan ibunya Fathima Beevi disambut meriah penduduk kampung, rakan dan pemimpin setempat di Kollam, Kerala, India. - Foto Manorama News
Kepulangan Sajjad ke pangkuan ibunya Fathima Beevi disambut meriah penduduk kampung, rakan dan pemimpin setempat di Kollam, Kerala, India. - Foto Manorama News
A
A
A

NEW DELHI - Seorang lelaki yang disangka terkorban dalam nahas pesawat 45 tahun lalu mengejutkan orang ramai apabila dia didapati masih hidup.

Kepulangan Sajjad Thangal, 70, ke pangkuan keluarga disambut meriah penduduk kampung, rakan dan pemimpin setempat di Kollam, Kerala, India.

Ibunya yang berusia 91 tahun antara yang teruja dengan kepulangan anaknya itu, lapor Hindustan Times.

Sajjad disyaki antara 95 korban pesawat Indian Airlines yang terhempas pada 1976 yang turut meragut nyawa aktres terkenal India, Rani Chandra.

Dia yang baru berusia 25 tahun ketika kejadian bekerja dengan Rani menguruskan program kebudayaan di sekitar negara Teluk, lapor Hindustan Times.

Kedua-dua mereka dijadual menaiki penerbangan Mumbai, namun berlaku perubahan rancangan di saat akhir yang menyelamatkan nyawanya.

Susulan kejadian, Sajjad dikatakan mengalami trauma serius sehingga memaksa dia berpindah ke Mumbai dan menjalani rawatan.

Ketika di rumah jagaan itulah siasatan latar belakang dibuat dan didapati ibunya Fathima Beevi masih hidup.

Artikel Berkaitan:

Sajjad 'dipertemukan' dengan ibunya menerusi panggilan telefon sebelum dibawa ke kampung halamannya di Sathamkotta.

Difahamkan, selepas kejadian nahas itu, keluarga Sajjad telah memeriksa senarai penumpang namun gagal menjumpai namanya.

Mereka kemudiannya menganggap Sajjad telah meninggal dunia. - Awani