Cipta lagu produk, servis ‘influencer’

DJ Fuzz turut menerbitkan buku bertajuk Lagu Pukau pada Disember 2019 dan Formula Influencer Marketing pada Jun 2021.
DJ Fuzz turut menerbitkan buku bertajuk Lagu Pukau pada Disember 2019 dan Formula Influencer Marketing pada Jun 2021.
A
A
A

SHAH ALAM - Nama penggesek piring hitam (DJ) Fuzz atau nama penuhnya Farzwa De-Attaher Emir Farit bukan asing bagi pendengar radio dan pelayar YouTube di negara ini.

Bahkan, pemuzik, DJ dan komposer ini pernah memenangi Jingle Composer of The Year dalam anugerah Malaysia Prestigious Industry Awards 2019.

DJ Fuzz berkata, beliau kini memfokuskan kepada perniagaan baharu iaitu Mixology Media, anak syarikat kepada Mixology Music Sdn Bhd.

“Mixology Media adalah sebuah syarikat membuat lagu produk atau ‘jingle’ untuk usahawan menggunakan lagu terbabit dalam pemasaran produk mereka.

“Selain itu, Mixology Media ini juga membuat servis ‘influencer’ agar mereka membuat ulasan berkenaan dengan sesebuah produk.

Itu servis yang kita fokuskan sekarang selain daripada syarikat rakaman,” katanya.

Menurut beliau, sejak tiga tahun yang lalu, lebih 150 buah lagu produk telah dihasilkan di bawah Mixology Media.

“Antara produk atau jenama yang mendapatkan perkhidmatan bagi membuat lagu untuk mereka adalah seperti SugarBomb, Wawa Cosmetics, Perodua Axia, Aura White, Uphamol, Domino’s Pizza dan pelbagai lagi.

Artikel Berkaitan:

“Macam-macam jenama, sama ada jenama tempatan atau antarabangsa,” katanya sambil menambah Mixology Media diasaskannya pada 2018.

DJ Fuzz berkata, akibat daripada itu, beliau kini dikenali orang ramai sebagai pembuat lagu produk.

Tambah beliau, sejak pandemik Covid-19 melanda, pembuatan lagu produk yang dihasilkan olehnya mendapat sambutan tinggi dan disebabkan itu beliau akan memfokuskan kepada bidang terbabit.

“Buat masa ini saya yang paling banyak buat.

Kalau anda dengar di radio kebanyakannya lagu saya.

Kalau dalam 10 di radio, sembilan itu lagu saya,” jelasnya.

DJ Fuzz (kanan) bersama mentor beliau, Sifu Jamal dan pelakon, Zoey di majlis pelancaran lagu kliennya.
DJ Fuzz (kanan) bersama mentor beliau, Sifu Jamal dan pelakon, Zoey di majlis pelancaran lagu kliennya.

DJ Fuzz berkata, tidak ramai yang memfokuskan mengenai pembuatan lagu produk di negara ini kerana ia merupakan satu pasaran baharu.

“Buat lagu produk ini tidak sama dengan buat lagu artis.

Buat lagu artis ini lebih glamor dibandingkan dengan membuat lagu produk yang orang tidak raikannya.

“Komposer yang membuat lagu produk ini orang tidak raikan seperti komposer artis yang memasuki anugerah.

Disebabkan itu, tidak ramai yang memfokuskannya,” ujarnya.

Beloiau berkata, antara lagu produk terawal yang dibuat olehnya adalah pada enam tahun lalu menerusi produk Aura White menerusi lagu ‘Shake Shake U Olls’.

“Bila saya buat lagu itu, saya tidak rasa saya mahu menjadi komposer lagu produk.

Saya ingat saya buat lagu untuk artis sahaja.

“Selepas saya buat lagu itu, mentor pemasaran saya mencadangkan agar saya meneruskan pembuatan lagu produk kerana tidak ramai yang boleh membuat lagu yang senang nak diingat,” katanya.

DJ Fuzz berkata, beliau juga mahu membantu usahawan di negara ini bagi membina pemasaran produk menerusi lagu dihasilkannya.

“Bila jenama produk mereka naik, mereka boleh tolong lagi ramai orang untuk menjana pendapatan,” katanya.

Dalam pada itu, DJ Fuzz berkata, selain daripada Mixology Media, Mixology Music juga mempunyai anak syarikat yang lain iaitu Mixology Publishing.

“Mixology Publishing juga berkenaan dengan muzik. Tugas Mixology Publishing ini adalah menguruskan harta intelek penulis lagu,” katanya.

Menyentuh mengenai Covid-19, beliau turut mengakui perniagaan yang diusahakannya iaitu Mixology Music turut terkesan akibat daripadanya.

“Semua perniagaan akan terkesan.Masa mula-mula pandemik Covid-19, selama seminggu perniagaan jatuh.

Selepas itu, kita membuat pelan baru dan alhamdulillah menjadi lebih baik.

“Bagaimanapun, sekarang ini perniagaan menurun sedikit kerana semua orang takut disebabkan kes Covid-19 yang tinggi.

Apa yang kita buat sekarang adalah menaikkan jenama kita.

“Kita naikkan jenama dan membuat pemasaran supaya orang mengetahui kita.

Alhamdulillah bulan Ogos ini perniagaan sudah meningkat sedikit,” ujarnya.

DJ Fuzz (empat kanan) dinobatkan sebagai penerima Malaysia Prestigious Industry Awards 2019.
DJ Fuzz (empat kanan) dinobatkan sebagai penerima Malaysia Prestigious Industry Awards 2019.

DJ Fuzz turut mengulas mengenai cabaran yang dihadapinya sepanjang penubuhan Mixology Music.

“Pada masa sekarang macam mana artis nak cari persembahan.

Cabaran kita ialah bagaimana kita nak dapatkan pendapatan untuk mereka.

“Macam mana kita nak tolong mereka buat duit kalau tidak ada persembahan,” katanya yang telah berkolaboratif dengan lebih 50 orang artis di negara ini.

Katanya, artis-artis yang bernaung di bawah Mixology Music telah dihantar untuk menyertai kelas untuk berdagang saham agar mereka memperoleh pendapatan.

“Duit yang mereka simpan sedikit sebelum ini digunakan untuk menjana kewangan setiap bulan.

Yang kedua kita bantu mereka untuk menjadi ‘influencer’.

“Artis-artis yang banyak ‘follower’ di media sosial, kita ajar mereka macam mana nak jadi ‘influencer’.

Kita cari jenama dan mereka buat ulasan.

“Yang ketiga, ada sesetengah artis yang pandai menulis lagu kita masukkan mereka dalam Mixology Media untuk buat lagu produk supaya boleh bantu usahawan menerusi lagu bagi menjual produk mereka,” jelasnya.

Info:

Nombor Telefon 0125357769

Instagram: officialdjfuzz

Facebook: DJ Fuzz