Semuanya demi keluarga.......

Quan Hongchan. - Foto AFP
Quan Hongchan. - Foto AFP
A
A
A

DISEBALIK kejayaan penerjun muda China, Quan Hongchan mencipta sensasi dalam acara 10 meter platform individu wanita akhir di Pusat Akuatik Tokyo pada Khamis, terdapat catatan kisah perjalanan yang menyemarakkan semangat remaja tersebut.

Quan yang lahir di perkampungan Maihe, Mazhang terpilih menyertai skuad terjun kebangsaan China kurang dalam tempoh setahun sebelum itu menjadikan persekitaran kehidupan pencetus kepada perubahan karakternya.

Remaja berusia 14 tahun mula bergiat dalam acara papan anjal ketika berusia tujuh tahun mempamerkan peningkatan menakjubkan sebelum menyertai skuad Wilayah Guangdong pada 2018.

Status kesihatan ibunya yang tidak menentu menjadi motivasi kepada anak petani itu untuk berusaha keras mencipta kejayaan dalam arena sukan tersebut.

“Saya harus berusaha menjana pendapatan untuk membantu keluarga kerana kos rawatan ibu terlalu mahal,” katanya semasa sesi temu ramah sebelum bermulanya temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Papan skor menunjukkan 10 markah penuh diraih Quan dalam acara 10 meter platform individu wanita akhir di Pusat Akuatik Tokyo pada Khamis.
Papan skor menunjukkan 10 markah penuh diraih Quan dalam acara 10 meter platform individu wanita akhir di Pusat Akuatik Tokyo pada Khamis.

Quan sebelum itu mempamerkan tiga terjunan sempurna 10 markah untuk memenangi pingat emas acara 10 meter (m) platform individu wanita menewaskan rakan senegara Chen Yuxi dengan mencatat mata keseluruhan 466.20 mata.

Kejayaan itu membolehkan Quan menjadi atlet China kedua termuda meriah pingat emas Sukan Olimpik dalam acara terjun selepas Fu Mingxia yang memenangi pingat emas pada usia 13 tahun dalam acara 10m platform pada edisi Barcelona 1992.

Artikel Berkaitan:

Ketika ditemu bual Quan berterima kasih kepada bekas jurulatih dan kedua ibu bapa yang banyak menyokong sehingga membentuknya menjadi atlet yang berjaya selama ini.

“Saya berterima kasih kerana mereka sentiasa menggalakkan saya bertenang dan beraksi dengan bebas tanpa mengira sama ada saya mendapat pingat atau sebaliknya,” katanya.