X

Kindly register in order to view this article
!

Zionis cabut lebih 300 pokok zaitun di Hebron

Pokok zaitun yang menjadi mangsa keganasan zionis
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Tentera Israel mencabut 350 pokok zaitun di perkampungan Khillet Al-Dabe di bandar Hebron, semalam.

Penyelaras jawatankuasa popular tempatan, Fouad Al-Umour berkata, tentera Israel turut mencabut anak pokok zaitun bagi memastikan penduduk Palestin tidak mendapat sebarang manfaat daripada tumbuhan tersebut.

Justeru, Al-Umour menuntut masyarakat antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia segera campur tangan bagi menghentikan penindasan berterusan Zionis.

Khillet Al-Dabe yang terletak di Masafer Yatta ditadbir pihak berkuasa Israel sebanyak 62 peratus.

Penduduk Masafer Yatta diusir pada tahun 1970-an dan akhirnya dibenarkan kembali selepas berjuang di mahkamah.

Namun, mereka diancam setiap masa oleh Israel seperti diusir atau rumah mereka dirobohkan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!