X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Pandelela sudah lakukan yang terbaik demi Malaysia

Status dimuat naik Reezal di laman Instagramnya pada Khamis.
A
A

PRESTASI dipamerkan ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg di pentas final 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Khamis merupakan sesuatu yang membanggakan.

Malah menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, beliau berharap lebih ramai bakat baharu dapat dilahirkan pada masa depan.

"Terima kasih kepada Pandelela Rinong atas usaha yang baik dalam peringkat akhir acara 10m platform individu wanita.

"Saya menyaksikan aksi Lela tadi yang bermula agak kurang kemas namun Lela memperbaiki usaha di terjunan seterusnya. It's OK Lela (Tidak mengapa Lela). Saya tahu kamu sudah melakukan yang terbaik #DemiMalaysia.

"Bukan mudah untuk berada pada tahap 12 penerjun wanita terbaik dunia. Saya yakin rakyat Malaysia sangat menghargai pencapaian Lela. Tidak sesekali akan putus sokongan rakyat buat Lela.

"Kita juga mahu melihat lebih ramai bakat baharu dapat dilahirkan dan ini memerlukan perancangan rapi dari semua pihak khususnya ASUM (Kesatuan Renang Malaysia)," kata Reezal dalam akaun Instagram.

Pada aksi final di Pusat Akuatik Tokyo tersebut, Pandelela menamatkan saingan acara 10 meter platform wanita individu di kedudukan terakhir daripada 12 peserta.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandelela akhiri saingan di tangga ke-12

Terjunan kurang kemas pada pusingan pertama menyaksikan Pandelela hanya meraih 18 mata sebelum bangkit menampilkan aksi memuaskan dengan mengumpul 71.05 mata pada terjunan kedua.

Namun, pada pusingan ketiga Pandelela hanya memperoleh 60.80 mata, diikuti 52.80 mata (terjunan keempat) dan menamatkan cabaran dengan mengutip 43.20 mata di terjunan kelima.

Secara keseluruhan Pandelela mengumpul 245.85 mata selepas lima terjunan sekali gus menyaksikan pingat emas dimenangi penerjun China, Quan Hongchan (466 mata), pingat perak milik rakan senegara Chen Yuxi (425.40 mata), pingat gangsa milik penerjun Australia, Melissa Wu (371.40 mata).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!