Vanasch pastikan pingat emas Tokyo 2020 milik Belgium

Pemain Belgium meraikan kejayaan meraih pingat emas acara hoki lelaki Tokyo 2020 selepas menewaskan Australia dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Oi, Tokyo. -Foto: AFP
Pemain Belgium meraikan kejayaan meraih pingat emas acara hoki lelaki Tokyo 2020 selepas menewaskan Australia dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Oi, Tokyo. -Foto: AFP
A
A
A

PENJAGA gol Belgium, Vincent Vanasch muncul wira selepas menyelamatkan tiga pukulan pemain Australia untuk membolehkan pasukannya meraih pingat emas dalam acara hoki lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Oi Hockey, Tokyo pada Khamis, Belgium memenangi gelaran sulung selepas menewaskan Australia 3-2 menerusi penentuan penalti shoot-out.

Penyerang Belgium, Florent van Aubel terlebih dulu meletakkan pasukannya di depan sebelum Australia menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Tom Wickham sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan penalti shoot-out.

Sementara itu, India pula mengakhiri kemarau pingat temasya Sukan Olimpik dalam tempoh 41 tahun apabila merangkul gangsa selepas mencipta kemenangan dramatik 5-4 ke atas Jerman.

Artikel Berkaitan: