Jangan puas hati dengan populariti Jokowi

Erick Thohir
Erick Thohir
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA . Ketua kempen pilihan raya Indonesia, Presiden Joko Widodo atau Jokowi, semalam memberitahu penyokong tidak sepatutnya berpuas hati dengan keputusan tinjauan yang menunjukkan populariti pemimpin itu kini mendahului pesaingnya walaupun baru-baru ini beliau berdepan ancaman berita palsu.

Jokowi memperoleh angka dua digit dalam kebanyakan kaji selidik mengatasi lawannya, jeneral bersara Prabowo Subianto menjelang pilihan raya pada 17 April depan.

"Ketika ini, kita perlu memberi fokus kepada pengundi yang masih teragak-agak dan belum membuat keputusan," kata jutawan, Erick Thohir yang dilantik sebagai ketua kempen selepas beliau menganjurkan Sukan Asia di Indonesia pada tahun lalu.

Thohir meletakkan jumlah golongan pengundi itu adalah 12 hingga 15 peratus.

"Kebanyakan mereka adalah golongan muda dan pertama kali menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat negara ini. Kami masih yakin akan menang di Jawa Barat," jelasnya sambil menambah kempen itu perlu diperhebatkan di Pulau Sumatera termasuk Sumatera Barat dan Aceh.

Menurutnya lagi, mereka tidak boleh mengambil mudah terhadap impak berita palsu yang disebarkan di media sosial.

"Inilah sebabnya, apabila adalah berita palsu, kita perlu membuat kenyataan yang kuat," ujarnya.

Badan Pemantau Pilihan Raya Indonesia melaporkan berlaku penyebaran berita palsu meningkat ketika kempen pilihan raya di negara itu. - Reuters

Artikel Berkaitan: