ATM atur gerak aset bantu kurangkan beban hospital, pusat kuarantin

Ismail Sabri - Foto Bernama
Ismail Sabri - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengatur gerak anggota dan aset-asetnya bagi membantu mengurangkan beban hospital dan pusat kuarantin berikutan peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, komitmen ATM serta kerjasama dengan pelbagai agensi lain juga diteruskan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi.

“ATM juga sentiasa bersiap-siaga dalam segala aspek dalam menjaga keselamatan negara daripada ancaman luar terutama penguatkuasaan kawalan sempadan darat, laut dan udara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook rasminya selepas mengadakan perbincangan bersama Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang mengenai isu perairan negara dan peranan ATM dalam penubuhan hospital medan.

Malaysia pada Khamis merekodkan 20,596 kes baharu jangkitan Covid-19 iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: