Kleptokrat: Tuduhan Tony Pua berat, tidak adil

Tengku Adnan
Tengku Adnan
A
A
A

SHAH ALAM – Dakwaan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua bahawa pemimpin UMNO semua kleptokrat adalah tuduhan yang amat berat dan tidak adil.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebaliknya mahu Ahli Parlimen Damansara itu mengajukan persoalan mengenai perkara tersebut kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Beliau turut mengambil contoh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sebelum ini menghadapi pertuduhan di mahkamah dan sebaik PH berjaya membentuk kerajaan, beliau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah.

“Begitu juga dengan kes pendakwaan ke atas (bekas Ketua Menteri Sabah) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Kes lain sebagaimana Pengerusi DAP Jerantut dibebaskan setelah beliau mencabar dan mengugut pihak polis manakala (bekas ahli Parlimen Batu) Tian Chua juga sedemikian, walhal Mahkamah Seksyen mendapati beliau bersalah kerana menfitnah dan didenda RM1,800 serta tiga bulan penjara,” dakwanya menerusi tulisan di Facebook beliau pada Khamis

Tengku Adnan berkata demikian mengulas kenyataan Tony bahawa usaha yang digerakkan UMNO untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat hanya membuka peluang untuk golongan kleptokrat untuk kembali berkuasa.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan mempersoalkan pertimbangan atas kewajaran apa yang menyebabkan kes-kes yang disebutkannya itu tidak diguna pakai.

“Sedangkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) atau UMNO dijadikan sebagai bahan percaturan politik mereka.

Artikel Berkaitan:

“Mungkinkah sememangnya wujud dalam perancangan mereka untuk mencemarkan kepimpinan dalam UMNO khususnya bagi memperkecilkan kebolehan bangsa Melayu sebagai ketua negara.

“Kerana itulah agaknya, apabila PH berkuasa maka pemimpin-pemimpin UMNO yang enggan memberikan sokongan kepada mereka didakwa di mahkamah sebagaimana yang berlaku ke atas saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Hanya buka peluang kleptokrat kembali berkuasa'