Tokyo 2020 realisasikan impian De Grasse

Andre De Grasse. - Foto AFP
Andre De Grasse. - Foto AFP
A
A
A

PELARI Kanada, Andre De Grasse mengakhiri penantian Kanada untuk merangkul pingat emas dalam acara 200 meter lelaki pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, Tokyo pada Rabu.

Malah kejayaan atlet berusia 26 tahun kelahiran Scarborough, Ontario yang mencatatkan masa 19.62 saat itu juga menebus kehampaan lima tahun lalu apabila sekadar meraih pingat perak di belakang Usain Bolt.

Pingat perak menjadi pemilik atlet dari Amerika Syarikat, Kenny Bednarek dengan catatan 19.68s manakala pingat gangsa menjadi milik Noah Lyles dengan catatan 19.74s.

Sementara itu, Erriyon Knighton pelari remaja Amerika Syarikat yang berusia 17 tahun pula menduduki tempat keempat dengan catatan 19.93s.

Kejayaan meraih pingat emas di Tokyo 2020 sekaligus melengkapkan koleksi pingat temasya sukan terbesar dunia tersebut selepas De Grasse memperoleh pingat perak dan gangsa sebelum ini.

“Ini pertama kalinya saya menjadi sangat emosional di trek, apatah lagi saya selalu berfikir mengakhiri perlumbaan dengan pingat gangsa dan perak. Namun kali ini Tokyo 2020 merealisasikan impian saya meraih pingat emas yang pasti tidak ada siapa yang dapat mengambilnya dari saya,” kata De Grasse.

Kali terakhir Kanada meraih pingat emas adalah dalam acara 100 meter lelaki menerusi pelari sensasi, Donovan Bailey pada temasya edisi Atlanta 1996.

Sementara itu, pemegang rekod dunia, Ryan Crouser dari Amerika Syarikat (AS) mengungguli acara lontar peluru lelaki di Olimpik Tokyo pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Crouser mendahului sepanjang pertandingan dan lontaran sejauh 23.30 meter (m) dalam percubaan keenamnya berjaya meleburkan rekod Olimpik sebelum ini.

Rakan senegara, Joe Kovacs meraih perak dengan lontaran sejauh 22.65m, manakala Tomas Walsh dari New Zealand meraih gangsa.