Pisau terpacak belakang badan

Rakaman seorang lelaki dengan pisau terpacak di belakang badannya tular di media sosial.
Rakaman seorang lelaki dengan pisau terpacak di belakang badannya tular di media sosial.
A
A
A

KAZAN - RUSIA . Gelagat seorang lelaki yang berjalan selamba di kawasan koridor sebuah hospital di Republik Tatarstan dengan pisau terpacak di belakang badannya mengejutkan pengguna media sosial.

Kejadian dirakam di bandar Zelenodolsk, awal minggu ini.

Dalam rakaman tersebut, lelaki dikenali sebagai Vladimir dilihat hanya memakai seluar dalam dan berjalan terhuyung-hayang berhampiran jabatan kecemasan di hospital terbabit.

Difahamkan, lelaki berusia 34 tahun itu cuba mencari pintu keluar kerana mahu menghisap rokok.

“Vladimir...adakah kamu sudah gila? Berapa jauh lagi kamu mahu berjalan. Cuaca sejuk di luar, masuk balik,” kata seorang jururawat yang memarahi lelaki itu.

Lapor media tempatan, lelaki itu dimasukkan ke hospital selepas terbabit dalam pergaduhan ketika sedang mabuk.

Keadaannya kini dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan kecil. - Sputnik

Artikel Berkaitan: